Wednesday 23 July 2014

RIBA'



Pengenalan

Masyarakat memahami riba sebagai "interest" atau faedah seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan konvensional. Faedah disini merujuk kepada caj yang dikenakan ke atas pinjaman yang dibuat. Sebahagian besar dari hasil institusi kewangan adalah dalam bentuk hasil faedah.




Maksud Riba’.


- Pada bahasa ialah bertambah atau subur.

- Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya




Hukum riba'


Al-Quran secara jelas mengharamkan riba’ daripada diamalkan oleh umat Islam. Ini jelas berdasarkan firman Allah yang bermaksud “Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba’.” (Al-Baqarah : 2 : 275).





Hikmah diharamkan riba’

- Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.

- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.

- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.

- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.


JENIS RIBA


i- Riba Jual Beli ( Riba Al-Buyu' )


-Merujuk kepada jual beli yang tidak sama timbangan atau sukatan semasa penyerahan barang-barang tertentu atau mata wang pada ketika berjual beli barangan yang sama jenis.


Riba Jual Beli terbahagi kepada dua jenis :



a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).

b) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik 
RM 120.00

ii- Riba Hutang Piutang

-
Sebarang lebihan yang disyaratkan atau dijanji untuk diberi kepada pihak tuan punya hutang yang diberi kepada pihak yang berhutang.

Riba Hutang Piutang terbahagi kepada dua jenis :


a) Riba Al-Qardhu - Hutang yang disyarat atau dijanjikan sesuatu faedah atau manfaat untuk kepentingan tuan punya hutang. Yang dikatakan riba ialah lebihan yang disyaratkan untuk kepentingan pihak memberi hutang. Contoh :


* Lebihan dalam bentuk wang

Seseorang yang berhutang RM100 disyaratkan membayar RM105.

*Lebihan dalam bentuk barang
Berhutang RM100 dengan syarat membayar RM100 dan satu kilo beras, atau hutang sebanyak lima biji telur dijanji bayar sebanyak enam biji telur.

*Lebihan dalam bentuk manfaat
Berhutang RM100 dengan syarat membayar RM100 dan pinjam kenderaan selama satu hari atau menjual motokar kepadanya.

b) Riba Al-Jahiliah - Bayaran lebih dari hutang asal yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya ia tidak membayar hutang itu pada tempoh yang ditetapkan. Maka caj atau bayaran lebihan itu adalah atas tambahan tempoh bayaran hutang.

IMPLIKASI RIBA

a- Implikasi/Keburukan dari segi Moral


i) Menanam perasaan cinta terhadap wang

- Untuk mengumpulkan harta untuk kepentingan diri sendiri. Ia menjadikan manusia bersikap sombong, bakhil, berfikiran sempit dan berhati batu. Ia menyuburkan sifat-sifat keji dan mematikan sifat-sifat mulia dalam kehidupan masyarakat.

ii) Memusnahkan nilai-nilai moral
- Apabila riba dilarang, orang ramai akan menahan diri daripada memberi pinjaman, tetapi jika dihalalkan, keperluan orang ramai akan menjadikan mereka memberi pinjam "satu ringgit" sebagai tukaran kepada "dua ringgit". Rasa simpati yang semulajadi dan kemanusiaan musnah.

b- Implikasi/Keburukan dari segi Sosial dan Budaya

i) Memusnahkan semangat berbakti kepada masyarakat

ii) Membiakkan rasa kurang puas hati dan mengembangkan kuman peperangan di antara Negara
iii) Melahirkan rasa kebencian dan permusuhan
iv) Orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin
v) Piutang hilang harga diri
vi) Merampas kekayaan orang lain

c- Implikasi/Keburukan dari segi Ekonomi

i) Pinjaman penggunaan

-Dibuat oleh orang yang menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan peribadi.
ii) Pinjaman produktif
- Dilakukan oleh para pedagang, ahli industri dan para petani untuk tujuan-tujuan produktif.
iii) Pinjaman kerajaan
    a- Pinjaman kerajaan dari dalam negeri : Mungkin produktif seperti pinjaman untuk pembangunan seperti membina terusan, landasan kereta api dan sebagainya.
    b- Pinjaman kerajaan dari luar negeri : Ia melibatkan perkara-perkara berikut :-
* Mengurangkan minat melakukan pelaburan dan hanya membuat pelaburan dalam kegiatan yang tidak produktif.
* Memusnahkan kekayaan negara
* Mencetuskan krisis ekonomi

KESIMPULAN
Sistem riba amat bercanggah bukan sahaja dengan kehendak Allah malah dengan fitrah semulajadi manusia dalam berekonomi. Ia adalah pemusnah akhlak, hubungan sosial da perkembangan ekonomi. Ia berfungsi sebagai salah satu anak kunci kepada huru hara masyarakat manusia dari kaca mata Islam.









No comments:

Post a Comment